BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, June 9, 2015

MOVE ON

move on ni maksud dia satu je. terus melangkah ke hadapan. tapi orang guna dalam banyak mende. contoh dia, putus cinta ke, result tak gempak ke, kne reject. itu lah ini lah. macam2 lah. tapi sis nak open topik ni pasal hubungan tak kesampaian. hmmm hmmmm #moveon
sis bukan nak cakap sis ta move on. gila kau tak move on. dah dua tahun kot. dulu sis ada kapel dgn sorang mamat ni. dari zaman sekolah. lebih kurang masa form 2, sebelum tu sis dah penah dah couple. tapi tak sehebat yang ni. first dulu couple, dalam 3 bulan, lepas tu putus, nak cakap bawak sial tu xd lah. bala pon xd. haha. tapi bak kata org tua2 tak de jodoh. ye idok. so masa form2 tu lah. sis couple dgn sorang mamat ni. panggil M je lah. sis couple dgn dia dekat 7 tahun. semua orang tahu. mak abah, family dia kawan2 sis, kawan M, tapi tu lah tak de jodoh. cinta putus ditengah jalan. masa tu rasa macam down jgk lah. kalau tahu jadi mcm ni sis ta kapel lah dgn dia dlu. tp tu lah kita kn hanya merancang. 7 tahun couple  tak rancang nak kahwin ke? gila tak rancang. siap pikir lagi nak kawen umur brape, kat mane, tema apa. sis serius masa tu. masa sis kapel dgn dia mcm2 dugaan. sampai lah dugaan terakhir yang buat sis taa kuad and stop the relation dgn dia. masa putus tu, adalah lebih kurang pelamin angan ku musnah. sis cool je. tapi tak move on lagi tau masa tu. dok teringat lagi. ada jugak dalam hati masa tu nak rujuk balik. ahhh dah mcm cerai plak. tapi bila sis pikir balik apa yg dia buat, sis tak nak ulang pkara kedua n taknak bodohkan diri. lepas tu, sis pon cuba lah bukak ruang hati ni dekat org lain. walaupon masa tu hati tak move on. hahhh! kau org ingt senang nak move on? tapi sis cuba lah. sampai lah sis jumpa yam sorang ni haaaa. dekat dua tahun lah dah dgn yam ni. sis harap berkekalan smpai hujung nyawa. hiksss.
dugaan masa move on? maigaddd. bukan nak cakap apa lah. memang ada hokayyy. bagi sis dah putus. putus lah. tapi si m ni tak move on jgk. sampai skrg. still kacau. masa first si m ni call balik nak melompat sis rase. mula2 cam oke je lah, doakan kebahagiaan semua tu, then bila contact lagi dah start nak get back balik. nasib sis ta lupa diri. terus sis sound lepas tu dia call sis tak angkat dah. haaa! itu nak dia! sis setia. sia tak nak luka kan hati yam ni. sis taknak perkara sama ulang banyak kali. bagi sis biarlah ini yang terakhir.
korang jangan ingt senang nak move on. cakap memang senang. 'weii move on la broo" ko cuba rasa. kau cuba buat. sakitt. sakit sgt. tambah2 org tu kau syg gila. tapi sampai bila nak meratapi benda yg memg bukan milik kau. biar lambat. atleast kau cuba. memang kau xboleh terima kenyataan. tapi kenangan tu tetap ada. tu yg jadi meroyan. lambat nak move on tu.
so cara terbaik nak move on. positif kan diri dan minda. anggap je. kau dgn dia takde jodoh. kau doakan dia bahagia. insyaallah ALLAH bg kau kebahagiaan. jangan membenci. makin kau benci makin kau ingat dia. sekurang2 nya kau dah bahagia walaupon kau bkn dgn dia lagi. anggaplah dia tu cuma masa lalu kau yang pernah singgah dan buat kau bahagia. kan sis dah kabor, kita hanya merancang.
okay bye.

SETAHUN KEMUDIAN~

assalamualaikum~
hmmmm.. hmmmm..
dah macam sinetron pon ada, samarinda pon ada akasia pon ada. last update blog 22 may 2014. ni kalau tak bayar saman, mahu beribu dah. hailaaamakkk, lamanya sis tak update. yela kan sejak ada smart phone sis memang jarang update blog. sikek2 update instagrem(( ig: cikbiela24), update twitter(@cikbiela), malam2 sebelum tido scroll insta, scroll fesbuk(/cikbiela).*siap promote hokayyy. bukan nak tahajud. #deep. bukan sis lupa. sis malas nak bukak laptop. nak tunggu dia punya loading dekat sejam jugek. tambah2 skarang sis dah kerja. sis jururawat. jururawat hati awak! hiksss alhamdulillah atas nikmat ini. yela zaman skang bukan senang nak cari keja. yedok. ada saing2 sis tengah memanjat puncak menara gading, ada yang dah kahwin. hmmmm. sis je lah mereputtt. tapi sis percaya jodoh itu adaaaa. ewaaaah gitewwww!!!
cakap pasal kerja, mane ada kerja tak penat. tipu la sape ckap keja xpnat. kerja goyang kaki pon penat okayyy. tapi seronok. kalau kerja xseronok tak best jgk kann. dah tau tak seronok kenapa pilih? kalau tak seronok takkan boleh pilih?? mane ada dalam dunia kerja goyang kaki, takde usaha tup2 tiap2 bulan dapat gaji. takde. kalu ada sis dlu yang pergi apply. 
kalau nak bukak cerita pasal yang setahun lepas memang banyak sampai dah lupa nak cerita apa. cuma malam ni sesaje nak update. tak de nampak berhabuk sgt. tak de lah stalker kat luar nun disana bosan kan. bukak2 blog. lohhh, tak update ponnn. sedih jugak kan. kali ni saje2 lah. nak praktik balik jari2 ni menaip. mane tahu dapat kerani. hehe. ni pembukaan je. sis nak bukak topik kejap lagi. jap ehh.

 
KakiBlog